Anda mungkin berminat ini juga !

Monday, September 30, 2013

3 tips Sarapan Mudah & Cepat

Sarapan pagi merupakan bahan bakar tubuh yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ini amat penting kerana bersarapan pagi boleh mengurangkan berat badan serta menumpukan daya tumpuan semasa bekerja atau belajar. Jom sarapan !

1. Pisang


Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

2.  Roti 

Makan sekeping roti kosong / roti bakar / toast/ bersama secawan kopi, milo panas, teh. Amat sesuai sekali sebagai pembakar tenaga di waktu pagi di samping mengelakkan makan berlebihan ketika makan tengahari.

3. Secawan Kopi / Milo



Ini memang sarapan paling express lah, minum minuman panas di waktu pagi membantu merangsang metabolisme badan serta membantu mengalas perut pada waktu pagi.

Apa sarapan anda pada setiap hari ? Jom kongsi bersama saya !

JOM SARAPAN !

No comments:

Post a Comment