Siapa2 sini peminat tegar durian, sila angkat tangan ! Hehehe .. Harinie, saya nak share resipi masak bubur durian ni. Bubur ini enak dihidang panas atau dihidang sejuk.
First, sila dapatkan bahan-bahan berikut :
durian(apa2 jenis pon boleh, asalkan durian okey)
kacang hijau gula melaka
santan paket
gula
secubit garam
daun pandan
Cara memasak :
1. Masukkan kacang hijau ke dalam air yg sedang mendidih, pelahankan api. Masak sampai kacang empuk.(kalau nak bubur lagi umph!. letak seikat daun pandan)
2. Selepas kacang sudah empuk, masukkan isi durian.
3.Tutupkan, biarkan durian masak hingga empuk.
4. Masukkan santan, gula melaka. Kacau rata
5. Masukkan secubit garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul rata semua, jangan biarkan bubur mengelagak, guna api kecil sahaja.
7. Angkat dan hidang !
Senang dan cepat jer masak ne bubur, agak2 1 jam gtue sudah siap. ne ada saya sertakan bahan2 masakan (for 1st timer masak), dan hasil masakan. !
![]() |
AMBIL ISI DURIAN JER YE |
![]() |
KACANG HIJAU |
![]() |
GULA MELAKA DIHIRIS KASAR |
![]() |
CARA IKAT DAUN PANDAN |
![]() |
SIAP SUDAH ! |
JOM MAKAN!
No comments:
Post a Comment