Anda mungkin berminat ini juga !

Monday, September 30, 2013

3 tips Sarapan Mudah & Cepat

Sarapan pagi merupakan bahan bakar tubuh yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ini amat penting kerana bersarapan pagi boleh mengurangkan berat badan serta menumpukan daya tumpuan semasa bekerja atau belajar. Jom sarapan !

1. Pisang


Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

2.  Roti 

Makan sekeping roti kosong / roti bakar / toast/ bersama secawan kopi, milo panas, teh. Amat sesuai sekali sebagai pembakar tenaga di waktu pagi di samping mengelakkan makan berlebihan ketika makan tengahari.

3. Secawan Kopi / Milo



Ini memang sarapan paling express lah, minum minuman panas di waktu pagi membantu merangsang metabolisme badan serta membantu mengalas perut pada waktu pagi.

Apa sarapan anda pada setiap hari ? Jom kongsi bersama saya !

JOM SARAPAN !

Saturday, September 28, 2013

Sambal mangga

Pergghh !!! Tajuk arinie sal mangga lagi ! Kali ne kita buat sambal plak. Enak dimakan bersama ikan basung goreng kering, ikan pari panggang kah, atau dimakan bersama nasi kosong pun ok suda tue. !

credit from google image


bahan bahan

mangga muda
bawang merah
bawang putih
belacan
cili padi
limau kasturi/cuka
garam
gula
batu lesung (optional)
                                                    cara membuat sambal
credit from google image


1. Kupas dan bersihkan mangga. Setelah itu, racikkan mangga tersebut.
2. Potong bawang merah dan bawang puth halus2 (kalau guna batu lesung, x payah potong halus, masukkan jer sume bulat,belacan,cili padi,garam, pastu tumbuk kasar)
3. Se kiub balacan, bakar atas gas hingga wangi
4.  Gaulkan semua dalam mangkuk yg besar, masukkan hirisan bawang td, belacan, lada dipecahkan, garam secukup rasa, dan gula untuk bagi dia manis2 pedas gtue.
5. Gaul rata semua, kasi rehat dalam peti sejuk selama 5 minit atau mau makan terus pun bole. Tapi paling best dihidang sejuk. Pedasnya memang perghhh !!!!  Mantap !!!!

credit from google image

Ada recipe best dari ini ? Jom la share comment di bawah k !

JOM MAKAN !




Thursday, September 26, 2013

Telur Goncang

Amboi2 tajuk kita harinie, telur goncang yer (akceli telur goreng) ...Dalam dunia ini siapa yang tak pandai goreng telur memang aku pun tak tau lah. Harus join kursus mengoreng telur la ne sama saya .. Sebelum itu, ada byk jenis style mengoreng telur tau, telur dadar, telur mata sapi, telur mayonis, telur sayur, telur spesel dan etc.  Tp harinie, saya ajar mngoreng telur paling basic la utk penonton luar sana yg baru mau try test k !

Senang jer goreng ne, jom ikot saya masak !

bahan bahan :

telur ayam
minyak 
perasa

Cara memasak :
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk
2. Letakkan sedikit perasa lalu goncangkan pakai garfu
3. Panaskan kuali, letak minyak
4. Masukkan telur 
5. Tunggang terbalikan telur itu sehingga warna coklat2 gtue
6. Angkat dan hidang !
Credit to google image


Menu ini sesuai dimakan bersama nasi putih and kicap. Nyum ! 

Alolo ...mesti kamu mau tahu rupa bentuk telur lain kn ?takpe,saya sertakan gambar telur semua style okey!
 
telur mata sapi

telur mayonis+sayur-sayur

telur sayur

telur spesel

** SEMUA GAMBAR ADALAH HASIL GOOGLE IMAGE

JOM MAKAN !

Sup Ayam Express

Bukan saja ada pizza express, skarang ada sup Express. Hidangan ini sesuai kepada peminat sup tegar (seperti saya) Ngehehe ... Kalau dalam tengah bingung mau masak apa harinie, cuba try k resipi ne.

Cara memasak simple sahaja, penggunaan minyak tidak diperlukan. Kiranya ini sup sehat jugalah.

Ok, ibubapa kakakabang adik2 sekalian, sila sediakan bahan-bahan berikut :

bahan-bahan

Ayam
Lobak
Tauhu pok
Kiub ayam knob

Cara memasak :
1. Bersihkan & Potong ayam ikut citarasa masing2
2. Hiris/potong lobak (kalau saya, saya suka potong serong, nampak menarik)
3. Panaskan belanga dengan sehingga air mendidih
4. Masukkan lobak terlebih dahulu, lalu tauhu. Air biar mendidih

5. Setelah lobak ada empuk sikit, masukkan ayam. Api kecilkan supaya ayam tidak terlebih masak
6. Masukkan 1 kiub knob ayam
7. Belanga tutupkan, biarkan selama 10 minit, api kecil kan okey
8. Angkat dan hidang !

credit to MyResipi

Kalau dalam peti sejuk ada jagung manis ker, baby corn ker, labu wangi ker, boleh letak juga tue suma. Yang penting, jangan letak minyak. Tak payah tumis2, terus terjunkan semua. Pantas, Mudah, Sehat !

JOM MAKAN !

Wednesday, September 25, 2013

Bubur Durian Gula Melaka

Siapa2 sini peminat tegar durian, sila angkat tangan ! Hehehe .. Harinie, saya nak share resipi masak bubur durian ni. Bubur ini enak dihidang panas atau dihidang sejuk.

First, sila dapatkan bahan-bahan berikut :


durian(apa2 jenis pon boleh, asalkan durian okey)
kacang hijau
gula melaka
santan paket
gula
secubit garam
daun pandan

Cara memasak :

1. Masukkan kacang hijau ke dalam air yg sedang mendidih, pelahankan api. Masak sampai kacang empuk.(kalau nak bubur lagi umph!. letak seikat daun pandan)
2. Selepas kacang sudah empuk, masukkan isi durian.
3.Tutupkan, biarkan durian masak hingga empuk.
4. Masukkan santan, gula melaka. Kacau rata
5. Masukkan secubit garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul rata semua, jangan biarkan bubur mengelagak, guna api kecil sahaja.
7. Angkat dan hidang !

Senang dan cepat jer masak ne bubur, agak2 1 jam gtue sudah siap. ne ada saya sertakan bahan2 masakan (for 1st timer masak), dan hasil masakan. !
AMBIL ISI DURIAN JER YE

KACANG HIJAU

GULA MELAKA DIHIRIS KASAR

CARA IKAT DAUN PANDAN

SIAP SUDAH !

JOM MAKAN!





Ikan Sardin tumis Mangga Lada

Baca tajuk pun suda terliur, belum lagi merasa. Pergghh !!! Resipi ini sesuai kepada mereka yang sedang low bajet, ataupun, sedang2 diet gtue. Bahan-bahan pun mudah didapati sekitar rumah !



bahan-bahan

 1 biji mangga mentah
 1 tin sardin (apa2 jenama pun ok, asalkan ikan sardin)
 setengah biji bawang besar (optional)
 Cili padi (ikut lidah masing, nak pedas letak lebih, tak tahan pedas, letak jer beberapa butir)
 Sesudu minyak makan
 Garam & perasa

Cara memasak

1. Kupas mangga, lalu hiris2 ikut saiz yang di inginkan
2. Panaskan kuali, masukkan bawang,cili padi,mangga.
3. Lepas naik bau pedas lada, masukkan sardin, letak air sedikit supaya tidak kering kuah.
4. Kecilkan api, jangan sampai kuah hangus.
5. Letak garam & perasa ikut rasa tekak masing2. (kalau saya, saya suka tambah gula, manis2 pedas gtue)
6. Lepas sudah gaul sebati semua, angkat dan hidang !

Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi kosong  atau nasi goreng ker .. tapi kalau saya, cukup sudah nasi kosong. Nyum ~


JOM MAKAN !